Ikan Bakar Umbai

Di negeri Melaka, sekiranya menyebut Umbai perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah "IKAN BAKAR". Ianya seakan-akan menjadi trademark untuk Umbai. Menariknya di Umbai terdapat satu medan ikan bakar terapung yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Melaka menghadap selat Melaka.
Bagaimanapun terdapat satu restoran ikan bakar yg dikenali dengan nama Restoran Ikan Bakar Parameswara yang mendapat sambutan ramai sehingga menarik pengunjung di luar negeri Melaka.

Lokasi medan selera ikan bakar Umbai tidaklah jauh dari HDM Homestay kami. Ia hanya terletak kira-kira 3km sahaja.